Duck Creek Technologies Memperkenalkan Generasi Seterusnya
BOSTON, Dec. 06, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) — Duck Creek Technologies, penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan insurans harta benda dan kecederaan (P&C) serta am, mengumumkan pengeluaran Duck Creek ClarityTM, penyelesaian teknologi yang inovatif dan asli awan dan pengganti Duck Creek Insights, yang direka khusus untuk memperkasakan syarikat insurans dengan pengurusan data, pelaporan dan keupayaan analitik termaju. Dengan pengenalan Duck Creek Clarity, syarikat itu turut memodenkan kitaran peningkatan teknologi tradisional melalui pendekatan “Penghantaran Aktif” unik yang menyediakan kemas kini berterusan dan menyingkirkan keperluan untuk syarikat insurans menjalani projek naik taraf yang menepati masa dan mahal.
Duck Creek Clarity ialah tawaran asli awan yang memudahkan proses mengakses, mengurus dan menyatukan data yang berasal daripada sistem teras berasaskan SaaS (perisian-sebagai-perkhidmatan) Duck Creek termasuk penyelesaian polisi, pengebilan dan tuntutan. Dengan keupayaan untuk menyepadukan sumber data luaran dengan lancar, Duck Creek Clarity membolehkan pasukan memperoleh cerapan menyeluruh yang membawa kepada peningkatan dalam membuat keputusan dan nisbah kerugian yang lebih baik. Syarikat insurans boleh memanfaatkan perkhidmatan berkuasa ini untuk kedua-dua pelaporan operasi harian dan perancangan jangka panjang strategik, menetapkan peringkat untuk penambahbaikan di seluruh portfolio.
Duck Creek Clarity memanfaatkan Snowflake Data Cloud untuk melengkapkan syarikat insurans dengan lapisan data yang teratur dan set papan pemuka dan laporan kecerdasan perniagaan prabina, memudahkan keputusan pengunderaitan dan pembaharuan yang lebih termaklum serta penilaian prestasi pasukan. Tawaran baharu ini juga memudahkan penyepaduan data ke dalam model AI/ML (kecerdasan buatan/pembelajaran mesin), aplikasi pengguna dan ejen/broker serta sistem pihak ketiga, memperkasakan syarikat insurans untuk membuat keputusan termaklum pada setiap peringkat kitaran hayat insurans, daripada pengunderaitan kepada pengebilan dan tuntutan.
“Kami sedang memulakan era baharu kecemerlangan pacuan data dengan pelancaran Duck Creek Clarity,” kata Jess Keeney, Ketua Pegawai Produk & Teknologi, Duck Creek Technologies. “Duck Creek telah membuktikan bahawa keupayaan yang teguh bagi penyelesaian itu adalah elemen penting yang menyokong pemilikan data dan pembuatan keputusan yang tangkas yang menawarkan syarikat insurans kelebihan saingan yang lebih besar dalam pasaran. Hal ini hanyalah permulaan komitmen Duck Creek terhadap pelaburan berterusan dalam data dan analitik yang membolehkan syarikat insurans di seluruh dunia menjadi lebih bijak dan lebih pantas dalam tindak balas mereka terhadap peluang pasaran. Duck Creek Clarity ialah langkah penting dalam visi pelan hala tuju teknologi kami untuk menyediakan syarikat insurans dengan kaedah bagi ‘melaksanakan dengan kecerdasan,’ mengoptimumkan kecekapan operasi dan menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih diperibadikan.”
“Data ialah blok binaan yang kritikal bagi syarikat insurans yang ingin menyerlahkan kuasa dan keberkesanan sebenar bagi analitik dan AI generatif termaju,” kata Tom Benton, Rakan Kongsi di ReSource Pro (dahulunya dikenali sebagai Strategy Meets Action). “Syarikat insurans memerlukan pengurusan data dan alat analitik seperti Duck Creek Clarity yang boleh memecahkan silo data dan menyediakan laluan ke arah mempercepatkan tahap kematangan data mereka dengan pantas. Ia akhirnya membantu pengurusan produk insurans dan pengunderaitan, pasukan tuntutan membuat keputusan yang lebih bijak dan menyampaikan lebih banyak pengalaman pelanggan yang berbeza.”
Sertai webinar pelancaran produk langsung Duck Creek Technologies pada hari Khamis, 7 Disember 2023, jam 12:00 tgh. ET untuk mengetahui lebih lanjut tentang memperkasakan keputusan insurans terdorong data dengan Duck Creek Clarity.
Perihal Duck Creek Technologies
Duck Creek Technologies merupakan sebuah penyedia penyelesaian pintar yang mentakrifkan masa depan industri harta benda dan kecederaan (P&C) serta am. Kami merupakan platform yang membina sistem insurans moden yang membolehkan industri memanfaatkan kuasa awan untuk menjalankan operasi yang tangkas, pintar dan berterusan. Ketulenan, tujuan dan ketelusan adalah teras kepada Duck Creek. Kami percaya insurans harus tersedia untuk individu dan perniagaan pada ketika, di tempat dan dengan cara mereka paling memerlukannya. Penyelesaian peneraju pasaran kami tersedia secara tersendiri atau sebagai suite penuh, dan semuanya tersedia melalui Duck Creek OnDemand. Lawati www.duckcreek.com untuk mengetahui lebih lanjut. Ikuti Duck Creek di saluran sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini – LinkedIn dan Twitter.
Maklumat Hubungan Media:
Carley Bunch
[email protected]